Kelab Korea Tunjuk Minat Beraksi Di Malaysia
MakanBola
AFL
Sponsors

Sebuah kelab yang berpangkalan di Korea Selatan menunjukkan minat untuk beraksi di Malaysia.

Saingan Liga A1 Semi Pro kini menjadi tumpuan selepas difahamkan beberapa skuad muda kelab Malaysia menyatakan minat untuk beraksi dalam liga tersebut.

Ad
Sponsors

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusuff Mahadi berkenaan hasrat kelab tersebut untuk ke Malaysia.

Ad

Beliau yang juga merupakan Pengerusi AFL menjelaskan bahawa kelab amatur Liga Korea itu difahamkan berminat untuk beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro.

“Setakat ini, saya boleh mengesahkan bahawa kita telah menerima permintaan daripada sebuah kelab amatur di Korea untuk beraksi di Liga Amatur Malaysia (Liga A1),” jelasnya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

Setakat ini, senarai kelab yang beraksi di Liga A1 Semi Pro masih belum dikeluarkan secara rasmi oleh Amateur Football League (AFL).

Ad

Pada saingan musim lalu, pasukan bimbingan K. Devan iaitu Melaka FC muncul juara selepas mengumpul 71 mata hasil 22 kemenangan, 5 seri dan satu kekalahan.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments