Kelab Laos Mengamuk, Catat Kemenangan 28-0
UltraSukan
Lao Women’s League
Advertisements

Peminat bola sepak ASEAN terkejut apabila mendengar berita sebuah kelab Laos merekodkan kemenangan 28-0 semalam.

Kemenangan itu direkodkan oleh kelab bola sepak wanita Ezra FC ke atas Vientiane FC dalam aksi kedua Lao Women’s League semalam.

Souphavanh Phaivanh menjaringkan 15 gol dalam perlawanan itu. Kesemua golnya dijaringkan pada minit kelima, keenam,12, 16, 17, 20, 34, 45+1, 50, 53, 55, 64, 67′, 76 dan 88.

Advertisements

Dua pemain Ezra, Indida Kunsi dan Kahewa Vongphachan masing-masing mencipta hatrik dalam perlawanan sama.

Mengikut laporan TheThao247, Vientiane sebelum ini dibelasah 21-0 oleh Champasak FC dalam aksi pertama Lao Women’s League.

Ini bukan saja menyaksikan pasukan itu dibolosi 49 kali dalam liga. Malah, ini turut meletakkan mereka sebagai pasukan terakhir daripada lapan pasukan yang bertanding.

Advertisements

Ketika ini, Champasak mendahului liga dengan enam mata selepas dua perlawanan. Manakala Ezra pula menduduki tempat ketiga dengan kelebihan perbezaan gol yang besar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram