Kelab Lembah Klang ‘Sambar’ Bintang Warisan England-Malaysia?
MakanBola
Leatherlead FC

Kelab Lembah Klang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain warisan England-Malaysia.

Khabar angin ini timbul selepas pemain yang sebelum ini berkelana di England itu memuat naik sekeping foto yang menunjukkan beliau sudah tiba di Malaysia.

Ad

Pemain yang beraksi pada posisi serangan, Anuar Ceesay sebelum ini berkelana bersama Leatherlead FC di Non League Division One.

Ad

Kelabnya dalam satu kenyataan baru-baru ini menjelaskan bahawa pemain ini telah membuat keputusan untuk berkelana ke luar negara.

“Kami boleh mengesahkan bahawa Anuar Ceesay telah meninggalkan kelab untuk mengejar peluang di luar negara.

Ad

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Anuar,” ujar Leatherlead FC.

Ad

Khabar angin bertiup kencang selepas beliau dikatakan sudah pun menandatangani kontrak bersama sebuah pasukan di Malaysia.

Ad

Beberapa sumber melaporkan bahawa Anuar akan beraksi bersama salah sebuah kelab terkemuka di Lembah Klang bagi musim baharu.

Malaysia memiliki ramai pemain warisan yang berkelana di England dan telah membawa diri ke Malaysia seperti Stuart Wilkin, Darren Lok dan juga Daniel Ting.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments