Kelab Liga Super Berebut Dapatkan Kobe Chong
MakanBola
Kobe Chong
Sponsors

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong difahamkan telah dirisik oleh beberapa buah kelab Liga Super.

Tonggak berusia 22 tahun itu telah berkelana di Eropah hampir sebahagian besar kariernya namun memilih untuk membawa haluan baru.

Ad

Menerusi satu hantaran oleh Kobe Chong di laman Instagram, beliau bagaimanapun membuat kejutan apabila sudah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Ad

Sebelum ini, bekas pemain Cagliari di Itali itu memberi bayangan akan tiba di Malaysia sekitar bulan Jun ini dan ia menjadi kenyataan.

Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa Kobe Chong kini diintai oleh beberapa kelab Liga Super yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Ad

Rundingan telah pun dijalankan dengan kelab tersebut sekaligus berpotensi besar untuk melihat aksi lincahnya mewarnai kancah Liga Malaysia.

Ad

Identiti dua kelah tersebut tidak didedahkan namun tambahan berkualiti untuk menaikkan mutu Liga Malaysia.

Ad

Kali terakhir beliau dikesan beraksi di England adalah bersama King’s Lynn dengan kontraknya difahamkan tamat pada 30 Jun 2024.

Dua kelab Liga Super itu merancang untuk membawa masuk Kobe Chong pada bulan Ogos 2024 ketika jendela perpindahan kedua Liga Super dibuka.