Kelab Liga Utama Korea Buru Pertahanan Kental Indonesia
Asia
Pratama Arhan
Advertisements

Pemain pertahanan Indonesia, Pratama Arhan bakal menyertai rakan senegara, Asnawi Mangkualam beraksi di K-League.

Ini selepas Sports Chosun mendedahkan kelab K-League 1, Suwon FC berminat mendapatkan Arhan untuk tetingkap perpindahan liga tahun hadapan.

Menurut satu sumber yang tidak didedahkan kepada Sports Chosun, kedua-dua pihak secara dasarnya telah mencapai persetujuan dan merancang untk memuktamadkan perjanjian itu tidak lama lagi.

Advertisements

Suwon dijangka tidak perlu mengeluarkan yuran perpindahan kerana Arhan bakal menyertai mereka sebagai ejen bebas. Ini kerana kontraknya bersama kelab J2 League, Tokyo Verdy bakal berakhir pada 31 Januari 2024.

Perpindahan ini bakal beri nafas baru kepada karier Arhan. Ini beliau hanya membuat empat penampilan bersama Tokyo Verdy selama dua musim seperti dilaporkan MakanBola Indonesia.

Perpindahan ini bukan sekadar memperkukuh bahagian pertahanan Suwon FC. Malah, perpindahan Arhan diharap dapat memberi suntikan besar dari segi pemasaran berikutan statusnya di Indonesia.

Advertisements

Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, beliau menjadi pemain Indonesia pertama beraksi di K-League 1. Ini pastinya menggembirakan Asnawi kerana melihat rakan senegara beraksi dalam liga Korea Selatan.

Kapten skuad Indonesia itu ketika ini beraksi untuk kelab K-League 2, Jeonnam Dragons.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram