Kelab Singapura Bakal Serikan Aksi Piala Harapan 2023
MakanBola
Penang FC
Sponsors

Seperti pasukan-pasukan Liga Super lain, Penang FC turut sibuk dengan program pra-musim mereka. Terbaru, mereka bakal menganjurkan kejohanan Piala Harapan 2023 yang turut menampilkan kelab Singapura, Geylang International FC.

Kejohanan yang bakal berlangsung dari 1 Februari hingga 4 Februari ini bakal menampilkan empat pasukan iaitu tuan rumah Penang FC, Selangor, Kedah dan Geylang International.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)

Ad

Kejohanan ini dianggap medan terbaik buat pengendali skuad Harimau Kumbang, Manzoor Azwira untuk mengenalpasti kelemahan pasukan dan memantapkan keserasian antara pemain terutama pemain import.

Ini selepas Penang FC mendapatkan Adriano, Giovane Gomes, Soony Saad, Ahn Sae-hee, Curt Dizon, Ryu Yamaguchi dan Zaw Min Tun. Harimau Kumbang turut mengekalkan khidmat bek tengah Brazil, Rafael Vitor untuk musim ketiga.

Ad

Selain Piala Harapan 2023, Penang FC turut mengatur tiga perlawanan persahabatan dengan tiga pasukan iaitu Negeri Sembilan (24 Januari), UiTM FC (26 Januari) dan Perak (28 Januari).

Ad