Gosip perpindahan bekas penjaga gol Manchester United masih lagi belum tamat apabila pemain tersebut turut dikaitkan dengan kelab divisyen kedua Sepanyol, Eldense.
Penjaga gol berusia 33 tahun itu sebelum ini kembali dikaitkan dengan United apabila dikhabarkan Andre Onana akan terlepas beberapa aksi penting liga ekoran kejohanan Piala Negara-Negara Afrika tahun hadapan.
Namun kini De Gea dikhabarkan dengan kelab Eldense apabila beliau dikesan melawat kelab tersebut baru-baru ini dan telah berjumpa dengan presiden kelab iaitu Pascual Perez.
Ada juga laporan yang mengatakan De Gea lebih berminat untuk melakukan pelaburan dalam pemilikan kelab Eldense setelah presiden tersebut mahu menjual pegangan saham kelab menurut Sport Bible.
Eldense berada ditangga ke-11 liga ketika ini dengan merekodkan 6 kemenangan, 4 seri dan 5 kekalahan setelah mengharungi 15 perlawanan.
Khabar angin itu bertiup kencang ekoran sebelum ini De Gea pernah menyatakan mahu bermain dekat dengan negaranya, Sepanyol setelah berkahwin dengan pasangannya Edurne Garcia.