Kelab UAE, Al-Ain Buat Kejutan Malukan Ronaldo & Al-Nassr
ACL
Al-Nassr FC
Advertisements

Cristiano Ronaldo dan kelabnya, Al-Nassr terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 1-0 di tangan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain.

Kekalahan ini dialami dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024 yang berlangsung pada awal pagi tadi.

Meskipun beraksi sebagai pasukan pelawat di Stadium Hazza bin Zayed, Al-Alami dilihat pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan hari ini.

Advertisements

Sebaik wisel bermula, jentera serangan Al-Nassr diketuai Ronaldo mula mengasak pertahanan tuan rumah untuk mendapatkan gol awal.

Malangnya, barisan pertahanan Al-Zaeem diketuai kapten, Bandar Al-Ahbabi kerap menggagalkan setiap percubaan mereka.

Sebaliknya, tuan rumah yang dibimbing legenda Argentina, Hernan Crespo pula mengintai peluang mendapatkan gol.

Advertisements

Al-Ain menyangka mereka berada di hadapan menerusi penyerang Paraguay, Kaku pada minit ke-29. Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan menerusi semakan oleh pembantu pengadil video (VAR).

Penyokong tuan rumah akhirnya ceria apabila penyerang Maghribi, Soufiane Rahimi meledakkan gol melepasi penjaga gol Al-Nassr, David Ospina pada minit ke-35. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, pelawat berusaha mendapatkan gol penyamaan dengan mengatur beberapa gerakan serangan.

Advertisements

Malangnya, usaha yang direncanakan anak buah Luiz Castro terus digagalkan oleh barisan pertahanan tuan rumah.

Nasib Al-Alami makin malang apabila bekas bek tengah Manchester City, Aymeric Laporte dibuang padang pada minit ke-94.

Ini selepas semakan VAR mendapati terjahan yang dibuat Laporte ke atas pemain Al-Zaeem jauh lebih keras daripada apa yang disangka. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Kecekapan penjaga gol kebangsaan UAE, Khalid Eisa mengekang asakan jentera serangan Al-Nassr diketuai Ronaldo diiktiraf oleh Sofascore. Beliau mendapat markah 8.1 mata atas persembahannya di Stadium Hazza bin Zayed.

Al-Nassr berharap dapat bangkit semula dalam aksi suku akhir kedua ACL yang berlangsung pada 12 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram