Kelab Uruguay Jadikan Malaysia Sebagai Inspirasi
MakanBola
Malasia FC
Sponsors

Sebuah kelab amatur yang berpangkalan di Uruguay telah menjadikan Malaysia sebagai inspirasi dalam memacu perjalanan pasukan tersebut sehingga ke hari ini.

Kelab yang dikenali sebagai Malasia FC itu merupakan sebuah kelab liga sosial di Uruguay telah pun ditubuhkan sekitar tahun 2021.

Ad
Sponsors

Namun begitu, kelab ini menarik perhatian para peminat tanah air yang menemui tentang kewujudan kelab ini dengan mengguna pakai nama dan bendera Malaysia.

Ad

Menerusi beberapa hantaran di laman Intagram Malasia FC, mereka sering memaparkan Jalur Gemilang setiap kali beraksi.

Malah, bendera ini juga digunakan pada tempat-tempat tertentu seperti dewan makan pasukan dan sebagainya.

Ad

Bukan itu sahaja, logo kelab ini telah pun diinsipirasikan daripada logo pasukan kebangsaan USA dengan jersi yang digunakan turut menekankan konsep yang sama.

Ad

Laman Instagram Malasia juga telah dibanjiri oleh peminat tanah air yang menyatakan sokongan kepada mereka.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Malasia FC (@rmalasiafc)

Berdasarkan catatan kelab, Malasia telah memenangi Silver Rio Cup pada tahun 2021.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Difahamkan, kelab bola sepak Malasia FC yang beraksi di Liga MVD telah ditubuhkan sekitar 2021, seperti yang ditulis Makan Bola. […]