Kelantan Bakal Dibeli Rakyat Johor?
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham menerima satu lagi berita mengenai individu yang mahu membeli kelab dari pantai timur itu.

Individu yang dikatakan berminat untuk membeli Kelantan adalah Kamal Hisham Ja’afar yang juga merupakan seorang peguam terkenal. Kamal yang juga berasal dari Johor berminat untuk membeli Kelantan namun jika harga yang diletakkan adalah munasabah.

Zamsaham dalam satu muatnaik di laman Facebook beliau berkata setakat ini beliau masih belum menerima apa-apa bukti pelan penambahbaikan dan bukti dana dari pihak-pihak yang menyatakan minat untuk membeli.

Advertisements

“Setakat ni saya belum terima apa-apa bukti pelan penambahbaikan dan bukti fund dari yang berminat. Hutang lama atau baru di Kelantan FC saya akan selesaikan, cuma pembeli bayar sekurang-kurangnya modal yang dah saya keluarkan selama 4 musim ni termasuk bayarkan semula hutang KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) RM3.8juta ke saya semula.

“Pemilik baru sambung tuntutan daripada KAFA. Saya tak untung takpa, asal balik modal. Kalau rugi, biarlah bersesuaian,” jelas Zamsaham dalam laman Facebook beliau.

Musim ini, Kelantan berdepan dengan pelbagai isu dan yang terkini, pemain-pemain import baharu mereka tidak dapat didaftarkan. Selain dilanda pelbagai isu, Kelantan kini hanya bergantung harap kepada barisan pemain muda bagi meneruskan baki saingan musim ini.

Advertisements

Degan menduduki tangga tercorot Liga Super ketika ini, Kelantan juga baru sahaja mengalami kekalahan besar 0-10 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Malaysia semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram