Kelantan Darul Naim FC ambil pendekatan untuk percaya kepada proses dan tidak panik selepas melihat penyerang baharu, Valdu Te masih belum menggegar gawang lawan pada aksi pra-musim.
Dalam satu hantaran di laman Instagram rasmi KDN FC, pihak pengurusan berpendapat Valdu Te sudah menampilkan aksi memuaskan dengan beberapa kali percubaannya hampir diterjemahkan kepada jaringan.
“Valdumar atau Valdu Te belum menemui sentuhan gol sepanjang 3 perlawanan persahabatan setakat ini. Bagaimanapun, penyerang import kelahiran Guinea-Bissau ini tetap memberikan impak buat Sang Kijang Emas dengan beberapa gerakan menarik serta cubaan tepat kearah gawang pelawat.
“Setakat 3 perlawanan, Valdu telah membuat 5 percubaan tepat dan 8 percubaan tersasar. Paling hampir pemain ini hampir menjaringkan gol ialah ketika sepakan penaltinya ditepis keluar penjaga gol Sri Pahang FC.
“Dengan tempoh masa singkat serta ketibaan lewat untuk berlatih bersama rakan sepasukan, sama-sama kita beri kata perangsang dan kata-kata semangat kepada pemain ini agar dia menemui sentuhan jaringan pada perlawanan selepas ini,” umum KDN FC di laman Instagram.
Untuk rekod, Valdu hadir ke Kelanran Darul Naim selepas meninggalkan kelab divisyen kedua China, Yanbian Longding. Pada musim lalu bersama Yanbian, Valdu beraksi 25 perlawanan dan berjaya meledak 3 gol.
Kelantan Darul Naim bakal memulakan aksi Liga Super dengan perlawanan menentang Sri Pahang FC pada 11 Mei yang bakal dilangsungkan di Stadium Darul Makmur.