Kelantan DN Dalam Proses Selesaikan Tunggakan Secara Berperingkat
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) kini dalam proses menyelesaikan semua isu kewangan mereka termasuk tunggakan gaji secara berperingkat-peringkat.

Perkara ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Kelantan DN, Datuk Irwan Rizal Ali Nafiah apabila ditanya tentang status terbaru pasukan itu.

Ad
Sponsors

Irwan Rizal memaklumkan pasukan itu berusaha memastikan semua tunggakan dapat diselesaikan bagi membolehkan Kelantan DN fokus kepada musim 2025/26 tanpa liabiliti.

Ad

“Kita dalam proses menyelesaikannya. Alhamdulillah, (isu tunggakan gaji) diselesaikan secara berperingkat membabitkan persetujuan dua pihak iaitu pengurusan dan pemain,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

“Penyelesaian dengan jurulatih dan pegawai-pegawai lain juga diteruskan, tidak sekali. Sebab fokus kita, kita nak mulakan musim 2025/26 dengan sifar liabiliti, tidak ada hutang.

Ad

“Jadi, kita mula dengan rekod bersih. Baru kita boleh fokus untuk jana pendapatan baru, pasukan pun tak risau sebab gaji dan elaun. Jadi, kita cuba berbelanja kali ini dengan berhemah.”

Ad

Irwan Rizal turut menyatakan keyakinan bahawa Kelantan DN akan meraih Lesen Kebangsaan musim 2025/26.

Ad

Ini kerana pengurusan pasukan itu berusaha memenuhi semua syarat pelesenan yang ditetapkan First Instance Body (FIB).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments