Kelantan DN Umum Perubahan Struktur Organisasi, 5 Kakitangan Dilepaskan
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mengumumkan perubahan dalam struktur organisasi pasukan itu.

Perubahan tersebut dibuat bagi memperkukuh pengurusan Sang Kijang Emas dan hala tuju baharu dalam menghadapi cabaran arena bola sepak Malaysia.

Ad

Susulan itu, Kelantan DN mengumumkan pasukan itu melepaskan lima kakitangan mereka. Ini dinyatakan dalam kenyataan rasmi mereka yang disiarkan di Facebook rasmi pasukan itu.

Ad

“Kelab ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada lima orang kakitangan yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesionalisme sepanjang tempoh mereka bersama KDN FC,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Sumbangan mereka dalam memperkukuhkan organisasi kelab, meningkatkan mutu pengurusan, serta memperkasakan aspek teknikal dan pembangunan bola sepak amat dihargai.

Ad

“Dedikasi mereka telah memberi impak yang besar dalam memastikan kelab terus berdaya saing di peringkat tertinggi.”

Ad

Perubahan ini dilihat usaha pengurusan pasukan itu untuk memperbaiki kedudukan pasukan terutama dalam Liga Super.

Ad

Ketika ini, Kelantan DN berada di tangga ke-13 liga dengan tujuh mata selepas mengharungi 19 perlawanan.