Kelantan FC Alami Kerugian Punca Lambat Bayar KWSP & Perkeso
Liga Super
TRW Kelantan
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menjelaskan kegagalan kelabnya membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada waktu yang ditetapkan adalah disebabkan Kelantan FC tidak memperoleh keuntungan.

Bayaran yang kini telah mencecah sehingga RM400,000 itu bagaimanapun dikhabarkan akan dilunaskan dengan kadar segara.

“Kita sudah mula bayar, kalau tidak berbuat demikian Kelantan FC tidak boleh sambung lesen pasukan.”

Advertisements

“Setiap bulan perbelanjaan pasukan mencecah RM1 juta tetapi hasil pendapatan daripada jualan tiket dan sebagainya hanya RM800,000.”

Zamsaham dalam pada itu mengakui bahawa beliau juga terpaksa mendahulukan duitnya sendiri bagi menanggung beberapa tunggakan kelab.

Advertisements

“Jadi kita rugi RM200,000 dan kita ada dua pilihan sama ada bayar gaji atau bayar caruman KWSP serta Perkeso.”

“Bila kita rugi dan pemain-pemain mahukan gaji mereka terlebih dahulu maka kita pilih untuk memberi keutamaan kepada pembayaran gaji terlebih dahulu,” ujar beliau dalam sesi soal jawab bersama penyokong TRW pada Sabtu.

Advertisements

“Jadi kenapa tidak membayar caruman KWSP dan Perkeso? Sebab belum untung,” katanya.

Dalam sesi bertemu penyokong TRW pada Sabtu lalu, dianggarkan seramai 100 penyokong hadir meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.

Advertisements

Zamsaham telah menjawab sekitar 25 soalan daripada 28 soalan yang diajukan penyokong tegar pasukan Kelantan.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, Kelantan kini berada di tangga terbawah Liga Super 2023. TRW hanya berjaya mencatat satu kemenangan dan satu seri, selebihnya terpaksa akur dengan kekalahan. Kelantan bakal berdepan Kuching City, pada 8 Jun kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram