Kelantan FC Hantar Surat Bantahan, Mahukan Mutu Pengadilan Ditingkatkan
Dunia
The Red Warrior
Advertisements

Badan pengurusan TRW Kelantan FC semalam telah menghantar satu surat bantahan secara rasmi berkaitan mutu pengadilan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Bantahan ini dilakukan berikutan beberapa insiden yang berlaku pada perlawanan kedua saingan Piala Malaysia antara Kelantan FC menentang Sabah FC tempoh hari.

TRW Kelantan FC menganggap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan ketika perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV itu adalah meragukan dan tidak wajar sama sekali.

Dalam satu hantaran rasmi di Facebook, TRW Kelantan FC menganggap keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan Sabah FC pada minit ke-79 permainan adalah tidak wajar. Ini adalah kerana, tindakan Thanabalan yang merebahkan badan dianggap sebagai satu simulasi dan pengadil tidak sepatutnya bertindak untuk memberikan sepakan penalti buat Sabah FC.

Advertisements

Selain itu, Kelantan FC turut meragui terhadap penafian sepakan percuma serta sepakan penalti pada minit ke-67 dan minit ke-94. Menurut Kelantan FC, kekasaran yang dilakukan pemain Sabah FC terhadap pemain Kelantan adalah satu kekasaran yang jelas. Keputusannya yang sewajarnya adalah dengan memberikan sepakan percuma dan sepakan penalti. Namun keputusan pengadil adalah sebaliknya.

Mengulas lanjut, TRW Kelantan FC jelas melahirkan rasa tidak berpuas hati kepada pengadil perlawanan kerana keputusan itu mempengaruhi mata kemenangan buat pasukan. TRW Kelantan FC turut melahirkan rasa kecewa terhadap mutu pengadilan dalam perlawanan tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak TRW Kelantan FC berharap siasatan telus akan dijalankan pihak FAM. Tindakan tegas perlu diambil terhadap pengadil yang mengendalikan perlawanan tersebut sekiranya pengadil tersebut bersalah. Ini adalah sebagai pengajaran dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengadilan bola sepak tempatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram