Piala Malaysia
Advertisements

Walaupun bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi timbal balik Piala Malaysia pada Isnin ini dengan membawa kelebihan dua gol, Selangor pastinya menyedari ia bukan bekalan selamat.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dalam landasan terbaik menamatkan penantian tujuh tahun untuk beraksi di pentas final, namun Terengganu mempunyai sebab untuk kekal optimis dengan peluang mereka mencipta kebangkitan.

Sukar, tetapi bukannya mustahil untuk dilakukan dan Terengganu bimbingan Nafuzi Zain sebenarnya boleh mengambil inspirasi daripada beberapa pasukan yang pernah membuat kebangkitan sensasi dalam edisi-edisi sebelum ini.

Advertisements

Antara yang paling diingati penyokong sudah tentunya pada 2013, apabila Kelantan begitu bergaya sekali menyingkirkan JDT dalam laluan mereka untuk melangkah ke final.

The Red Warriors yang dibimbing Bojan Hodak ketika itu tewas dengan jaringan 2-4 kepada JDT dalam aksi suku akhir pertama yang berlangsung di Larkin pada 28 September.

Ketinggalan agregat dua gol tidak sedikitpun meruntuhkan keyakinan penyokong TRW terhadap pasukan kesayangan mereka, dengan hampir 25,000 penyokong (rapak pagar) hadir memberi sokongan ketika aksi timbal balik di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 5 Oktober.

Advertisements

Ia ternyata membakar semangat dan memberi tonik yang sangat diperlukan kepada para pemain untuk menampilkan satu prestasi luar biasa dan kesudahannya, Kelantan meraih kemenangan 6-1.

Dua gol Norfarhan Muhammad serta satu masing-masing oleh Badhri Radzi, Obinna Nwaneri, Dickson Nwakaeme dan Indra Putra memacu Kelantan mara ke separuh akhir 8-5 secara agregat. Kemenangan itu sehingga ke hari ini kekal menjadi bualan ramai.

Tahun seterusnya pada 2014, giliran Kelantan pula menerima nasib serupa di mana mereka pada satu ketika dilihat sudah selangkah ke separuh akhir setelah membenam Kedah dengan jaringan 3-1 dalam aksi suku akhir pertama di Kota Bharu pada 3 Oktober.

Advertisements

Namun Kedah mencipta kebangkitan pada aksi timbal balik berlangsung 10 Oktober apabila meraih kemenangan 3-0 menerusi jaringan Hanif Dzahir, Baddrol Bakhtiar dan Syafiq Ahmad sekaligus menyingkirkan Kelantan dengan agregat 4-3.

Pahang kedah Kelantan, Pahang & Kedah Pernah Buktikan Defisit Dua Gol Tak Mustahil Untuk Diatasi

Hanya kira-kira dua minggu kemudian, Kedah turut menerima nasib sama. Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe menang 3-1 ke atas Pahang dalam aksi separuh akhir pertama di Alor Star namun kecundang 5-0 dalam perlawanan timbal balik membolehkan Pahang mara dengan agregat 6-3.

Itu hanyalah beberapa kisah kebangkitan dalam saingan Piala Malaysia, ia pernah berlaku dan tidak mustahil boleh berlaku sekali lagi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram