Kelantan RW Adakan Lawatan Ke Akademi Terkemuka Di Thailand
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC
Sponsors

Pengurusan Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengadakan lawatan ke Sport Thai Bavaria (STB) Academy di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

STB Academy merupakan sebuah akademi bola sepak Thailand yang memiliki kerjasama dengan juara Bundesliga musim 2024/25, Bayern Munich.

Ad
Sponsors

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada jalinan kerjasama yang dimeterai antara Kelantan RW dan pembuat pakaian sukan Thailand, Warrix.

Ad

Kerjasama ini dimeterai selama dua musim dengan nilai tajaan bernilai RM1 juta. Kerjasama ini turut menyaksikan Warrix akan membantu pembangunan akar umbi Kelantan RW.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warrix, Wisan Wanasaksrisaku merupakan salah seorang daripada pemilik STB Academy.

Ad

“Lawatan berlangsung selama tiga jam dan diberi penerangan oleh Encik Watcharachai, Pengurus Perhubungan Awam STB Academy.

Ad

“Menurut perjajnjian Warrix dan KRW FC , pemain akar umbi KRW FC akan diberikan peluang untuk menyertai pemilihan dan jika terpilih akan diberi pembiayaan penuh oleh STB Academy dan akan berlatih di Bayern Munich, Jerman,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Menariknya, STB Academy juga pernah digunakan oleh Manchester United dan Tottenham Hotspur sebagai pusat latihan pra-musim semasa berada di Thailand.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments