Pasukan Liga Super Kelantan FC terpaksa ubah venue bagi aksi Liga Super bertemu Sabah FC yang dijadualkan pada 20 November ini.
Ini kerana Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang menjadi venue utama buat Kelantan tidak boleh digunakan pada tarikh tersebut disebabkan kerana Perbadanan Stadium Darul Makmur Akan menganjurkan kejohanan sukan antara Stadium Se Malaysia(SUKAS) Negeri Pahang 2023.
Oleh yang demikian, venue yang baharu telah disahkan iaitu di Stadium UITM Shah Alam. Perlawanan yang bakal diadakan tersebut tetap menjadikan Kelantan sebagai tuan rumah.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Kelantan FC melalui satu muat naik di Facebook dan Instagram kelab berkenaan.
Aksi menentang Sabah itu merupakan perlawanan tertunda Liga Super yang sepatutnya berlangsung pada 29 September yang lalu.
Namun hujan lebat yang turun melanda Kota Bharu memaksa perlawanan tersebut terpaksa ditunda selepas perbincangan di antara jurulatih kedua-dua pasukan.
Kelantan kini berada di tangga terbawah liga dengan hanya mengumpul 8 mata selepas 22 perlawanan. Manakala Sabah pula menghuni tangga ke-5 liga dengan 42 mata.