Dengan kebanyakan pasukan Liga Super sudah memperkenalkan jersi baru masing-masing, tinggal Kelantan United saja yang belum. Dan hari ini, skuad Kijang Hijau memperkenalkan jersi baru musim 2023 untuk tatapan para penyokong semua.
Ia merupakan sebahagian daripada majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan penaja Kelantan United FC musim 2023 di Dewan Utama Konsortium E-Mutiara Berhad, Panji petang tadi.
Menariknya, jersi home Kelantan United ini diinspirasikan daripada jersi pasukan yang menduduki tempat keempat Piala Dunia 2022, Maghribi. Ini termasuk pemilihan warna merah dan hijau yang sinonim dengan jersi pasukan negara Afrika Utara itu.
Sejak ia didedahkan, ramai memuji reka bentuk jersi keluaran IAM itu sebagai kemas dan cantik. Malah, ada yang menganggap ia lebih cantik berbanding beberapa jersi pasukan Liga Super lain.