Pasukan Kelantan FC yang kini berada dikedudukan ke-6 Liga Premier melayani kunjungan pasukan Sarawak United FC yang berada dikedudukan ke-2 Liga Premier 2021 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Dalam perlawanan sebelum ini pasukan Kelantan seri 1-1 menentang pasukan T-Team manakala pasukan Sarawak United pula dalam perlawanan sebelum ini seri 0-0 juga menentang pasukan T-Team.
Kelantan tewas dengan pasukan lebih berpengalaman, Sarawak United 0-1 di Kota Bharu.
Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh Lee Chang Hoon pada minit ke-38 menerusi rembatan jarak jauh.