Advertisements
Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Balang 2, Harapan Pintas India Lebur
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Harapan Malaysia untuk memintas India bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027 sudah pun musnah.

Skuad kendalian Pau Marti berada dalam momentum cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan.

Harimau Malaya kemudiannya tewas kepada New Zealand sekaligus terlepas peluang untuk mendapatkan tambahan mata FIFA bagi memperbaiki kedudukan bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027.

Berdasarkan kemas kini oleh laman Footy Rankings, peluang Malaysia untuk memintas pasukan ke-125 dunia, India sudah pun tertutup sungguhpun berjaya menewskan Laos dan India, November ini.

Balang 1 menyaksikan pasukan seperti Syria (93), Thailand (96), Tajikistan (105), Lubnan (115), Vietnam (119) dan India (125).

Malaysia (133) bersama-sama Turkmenistan (144), Filipina (145), Afghanistan (151), Yaman (154) dan Hong Kong (158) berada dalam Balang 2.

Undian bagi pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 akan berlangsung pada 9 Disember 2024 dengan aksi sebenar dijadualkan pada Mac 2025.