Advertising
Kelayakan Piala Asia 2027: Thailand Dicabar Turkmenistan, Chinese Taipei & Sri Lanka
Asia Tenggara
MakanBola
Changsuek

Jaguh bola sepak Asia Tenggara, Thailand bakal berdepan cabaran Turkmenistan, Chinese Taipei dan Sri Lanka untuk aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Skuad Gajah Perang ketika ini bersaing dalam saingan ASEAN Championship 2024. Kejohanan ini dilihat sebagai medan persiapan bagi menghadapi cabaran kelayakan yang akan bermula pada 2025.

Ad

Thailand dilihat sudah melaungkan amaran dengan merekodkan kemenangan dominan 10-0 ke atas Timor Leste dalam aksi pertama Kumpulan A pada 8 Disember lalu.

Ad

Pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 merupakan peluang terakhir bagi mana-mana pasukan untuk memburu kelayakan ke kejohanan berprestij itu.

Berdasarkan undian Kelayakan Piala Asia 2027 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dijalankan di AFC House, Thailand berada dalam Balang 1.

Ad

Pasukan yang menduduki ranking ke-97 dunia itu diundi bertemu pasukan ke-143 dunia, Turkmenistan dari Balang 2 dalam Kumpulan D. Dua lagi pasukan iaitu Chinese Taipei dan Sri Lanka juga diundi dalam kumpulan sama dengan skuad Gajah Perang.

Ad

Chinese Taipei yang menduduki ranking ke-165 dunia berada dalam Balang 3. Sri Lanka yang menduduki ranking ke-200 dunia pula berada dalam Balang 4.

Ad

Untuk makluman, hanya juara kumpulan saja yang mengesahkan kelayakan ke Piala Asia 2027.

Ketika ini, Iran, Indonesia, Iraq, Korea Selatan, Jepun, Australia, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Emiriah Arab Bersatu, Palestin, Bahrain, Jordan, Kuwait, China, juara bertahan Qatar dan tuan rumah Arab Saudi sudah layak.

Thailand berharap dapat layak ke Piala Asia buat kali kesembilan dalam sejarah pertandingan. Penyertaan mereka pada edisi 2023 menyaksikan Thailand mara ke pusingan 16 terbaik sebelum disingkirkan pasukan Asia Tengah, Uzbekistan.