Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 menyaksikan Thailand melakar kemenangan kedua apabila menundukkan Brunei dengan keputusan 19-0.
Skuad kendalian Jadet Meelarp menurunkan kesebelasan terbaik dengan pemain seperti Wathanyu Nairatsami, Phanupong Wan-on, Supawit Phansom dan juga Pirada Larsawat beraksi.
Brunei mengharungi detik sukar selepas tewas 13-0 kepada India pada aksi pembukaan tempoh hari sekaligus membawa misi besar berdepan Thailand.
Skuad Gajah Perang berpesta gol pada babak pertama apabila menjaringkan 7 gol bermula seawal minit ke-12 hingga minit ke-44 masing-masing menerusi Thatsaphon P. (10′ dan 38′), Pirada Larsawat (12′ dan 29′) dan tiga lagi jaringan oleh Phanupong, Chacwas S. dan juga Thitinai J. minit ke-39.
Bersambung babak kedua, Brunei cuba mengatur gerak menerusi permainan hantaran jauh namun tidak berupaya untuk menandingi kekuatan lawan.
Thailand B-17 menambah 12 lagi jaringan untuk memastikan kemenangan 19-0 sekaligus memberikan kekalahan kedua terbesar kepada Brunei.
Jaringan disumbangkan oleh Pirada Larsawat (49,52), Kittipop (71,78,87), Chompon (70,81,90) berserta jaringan tambahan oleh Phanupong, Thitinai dan dua jaringan Sarawit.
Aksi terakhir kumpulan menyaksikan Thailand B-17 akan menentang India sementara Brunei akan berdepan Turkmenistan pada 27 Oktober ini.