Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 menyaksikan hasrat Malaysia untuk ke Asia musnah selepas diikat skuad muda Laos.
Pasukan bimbingan Javier Ribera beraksi cemerlang namun tunduk kepada Emeriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 2-0.
Laos pula tewas kepada UAE dengan keputusan 3-0 sekaligus mencerahkan peluang ke Piala Asia.
Malaysia B-16 dibarisi nama-nama seperti Naqiuddin, Izzuddin Afif, Arrayyan Hakeem dan juga Haziq Aziz.
Aksi babak pertama berlangsung dengan baik menerusi serangan balas pantas oleh kedua-dua pasukan yang memburu jaringan awal.
Malaysia B-16 berada di depan seawal minit ke-11 apabila gerakan cantik yang diatur berjaya disudahkan oleh Arrayyan Hakim.
Laos pula tidak menunggu lama apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-22 apabila Palinedth Phettakounh menerusi satu rembatan menewaskan Naqqiuddin.
Laos pula berada di depan apabila Phayak Siphanom menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1 memihak lawan.
Perlawanan babak pertama tamat dengan keputusan 1-2.
Bersambung babak kedua, beberapa pertukaran dilakukan oleh Malaysia B-16 untuk mencari jaringan penyamaan pasukan.
Ketangkasan penjaga gawang Laos, Sankham Thavithong menafikan percubaan pemain muda negara memastikan kelebihan menjadi milik lawan.
Naqif Firhad kembali meletakkan Malaysia B-16 terikat dengan Laos menerusi jaringan kedua pada minit ke-73.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Malaysia B-16 mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan satu mata sekaligus terlepas tiket ke Piala Asia 2025.