Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 2025 malam ini menyaksikan Indonesia membelasah Kepulauan Mariana Utara 10-0 bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan G.
Timnas Indonesia meneruskan momentum terbaiknya selepas mecipta kejutan menewaskan Kuwait selepas. Kepulauan Mariana Utara sebelum ini telah tewas kepada Australia 19-0.
Skuad muda Indonesia mencipta 7 gol dalam separuh masa pertama, menerusia pemain sayap, Gholy (1’ dan 9’), Aldyansyah (15’ dan 24’), Evandra (21’), Gelgel (23’ dan 42’).
Dominasi penuh yang dipamerkan skuad muda Indonesia dalam separuh masa pertama membuatkan barisan pemain Kepulauan Mariana Utara tidak mampu membuat sebarang penguasaan permainan.
Bagi aksi separuh masa kedua, skuad muda Indonesia berjaya menjaringkan 3 gol selepas beberapa pertukaran pemain yang dilakukan oleh jurulatih. Indonesia peroleh kemenangan kedua dengan jaringan gol yang besar.
Indonesia ketika ini berada di tangga teratas kumpulan dengan 6 mata berbeza 3 mata di atas Australia yang menduduki tangga kedua serta kurang satu perlawanan.
Selepas ini, Indonesia akan berdepan Australia dan Kepulauan Mariana Utara bertemu Kuwait bagi aksi terakhir kumpulan G.