Kelayakan Piala Asia B-17: Indonesia Gah Ikat Australia, Lolos Ke Piala Asia
MakanBola
PSSI
Sponsors

Skuad bawah 17 tahun Indonesia berjaya mara ke Piala Asia B-17 2025 selepas gah mengikat Australia dalam aksi kumpulan G Kelayakan Piala Asia B-17.

Indonesia yang dibimbing Nova Arianto menurunkan skuad terkuat dengan menggunakan formasi 3-4-3 dengan Fadly Alberto, Mierza Firjatullah dan Matthew Baker kembali di kesebelasan utama.

Ad
Sponsors

Manakala Australia mempertaruhkan Anthony Didulica dan Quinn MacNicol di barisan tengah selain Jai Ajanovic di posisi penjaga gol.

Ad

Australia memulakan perlawanan dengan positif apabila menguasai hampir keseluruhan perlawanan sekali gus memaksa pemain-pemain Indonesia berkampung di kawasan sendiri.

Bahagian serangan Australia nyata memaksa pertahanan Indonesia bekerja lebih keras dalam disiplin bertahan.

Ad

Peluang keemasan Australia hadir pada minit ke-23 menerusi percubaan Didulica namun percubaannya sedikit tersasar. Berselang 9 minit selepas itu Didulica sekali lagi melakukan percubaan ke gawang Indonesia namun dihalang pertahanan Indonesia.

Ad

Percubaan demi percubaan dihasilkan Australia namun tiada jaringan dapat dihasilkan sekali gus menamatkan babak pertama dengan kedudukan 0-0.

Ad

Bersambung babak kedua, Australia masih mendominasi permainan namun tempo permainan diilihat sedikit perlahan berbanding pada separuh masa pertama.

Barisan pertahanan Indonesia mempamerkan disiplin terbaik untuk menafikan setiap gerakan merbahaya pasukan Australia.

Kedudukan tanpa jaringan itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Australia secara automatik mara ke Piala Asia B-17 2025 selepas menjadi juara kumpulan manakala Indonesia turut mengiringi Australia selepas mara ke kejohanan tersebut melalui tiket kedudukan kedua terbaik kumpulan.