Aksi terakhir Kelayakan Piala Asia B-20 menyaksikan Malaysia dikejutkan oleh Sri Lanka dengan keputusan 1-1.
Skuad kendalian Juan Torres mahu bangkit daripada kekecewaan apabila tunduk di tangan tuan rumah, Tajikistan tempoh hari.
Pasukan muda negara bermula baik dengan mendominasi sebahagian besar perlawanan pada babak pertama.
Percubaan demi percubaan dilancarkan dan akhirnya berjaya mencipta jaringan apabila kuisan pemain muda negara berjaya mencari Adam Farhan untuk gol pembukaan pada minit ke-32.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, Sri Lanka kendalian D. Rajamany bertahan dengan baik sepanjang 30 minit awal babak untuk memastikan tiada jaringan tambahan oleh Malaysia B-19.
Beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun tiada tambahan jaringan terhasil.
Satu serangan balas oleh Sri Lanka mengejutkan Malaysia B-19 apabila tandukan penyerang muda berjaya menewaskan Haziq Aiman untuk gol penyamaan pada minit ke-88.
Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Malaysia B-19 kini di tangga ketiga dengan 5 mata dengan Tajikistan memiliki kelebihan mata dan perlawanan sekaligus tidak layak ke Piala Asia 2025.