Kelayakan Piala Asia B-20: Indonesia ’Baham’ Maldives
MakanBola
Timnas Indonesia

Indonesia B-20 dan Maldives B-20 hari ini berentap dalam aksi pertama kempen Kelayakan Piala Asia B-20 bagi saingan Kumpulan F.

Skuad kendalian Indra Sjafri turun membariskan kesebelasan terbaik dalam misi mengutip tiga mata pertama dalam saingan peringkat kumpulan.

Aksi di babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, pemain tengah Indonesia, Aditya memecah kebuntuan permainan pada minit ke-52 perlawanan.

Dua minit selepas itu, Indonesia terus melebarkan kedudukan menerusi jaringan Figo untuk gol kedua Skuad Garuda. Percubaan deras Figo gagal diselamatkan penjaga gol lawan.

Skuad Garuda mengukuhkan kedudukan untuk gol ketiga pasukan. Sepakan percuma yang diambil Toni Firmansyah, cantik menggegar jaring pada minit ke-57 permainan.

Sebelum aksi tamat, Jens Raven melengkapkan malam gemilang Indonesia sekaligus menutup aksi di Kempen Kelayakan Piala Asia 2024-2025 dengan keputusan Indonesia 4-0 Maldives.

Dalam saingan Kumpulan F ketika ini, Indonesia menghuni kedudukan pertama berkongsi mata dengan Yamam yang hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. Timoa Leste di kedudukan ketiga dan Maldives berada di tangga terakhir carta.