Kelayakan Piala Asia B-20: Indonesia Hilang Rentak Kemenangan, Diikat Yaman
MakanBola
AFC
Sponsors

Rentak kemenangan Indonesia dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 20 (B-20) tidak dapat diteruskan selepas diikat Yaman dalam aksi yang berlangsung pada Ahad.

Indonesia yang dilatih Indra Sjafri menurunkan barisan terkuat dengan meletakkan Jens Raven sebagai penyerang utama manakala Yaman pula mempertaruhkan Naji Al-Qashmi bagi menggerakkan serangan Yaman.

Ad
Sponsors

Syria memulakan perlawanan dengan baik apabila hampir dihadapan pada minit ke-13 melalui percubaan Anwar Hussein namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Indonesia, Ikram Al-Ghifari.

Ad

Pada minit ke-28, kapten pasukan Indonesia, Don Tri Pamungkas melepaskan rembatan namun berjaya dihalang pertahanan Yaman.

Jaringan yang dinantikan Indonesia akhirnya muncul pada masa tambahan separuh masa pertama selepas Jens Raven menyempurnakan hantaran Ragil untuk jaringan pertama.

Ad

Kedudukan 1-0 itu tidak kekal lama apabila Abdulrahman Al-Khadher menyamakan kedudukan buat Yaman sebelum separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat 1-1.

Ad

Bersambung babak kedua, Indonesia menggandakan asakan bagi mencari jaringan kedua mereka sekali gus memaksa Yaman lebih fokus bertahan.

Ad

Memasuki minit ke-59, Yaman mula mendapatkan rentak menyerang dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Biarpun menyerang bertali arus, namun kedua-dua pasukan buntu untuk mendapatkan gol yang dihajati sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Dengan keputusan tersebut, ini bermakna Indonesia dan Yaman mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini namun Yaman masih berbaki satu lagi perlawanan untuk diharungi.