Kelayakan Piala Asia B-20: Iraq ‘Ratah’ Brunei 15-0
MakanBola
Iraq FA
Sponsors

Skuad Iraq Bawah 20 Tahun (B-20) meraih kemenangan terbesar dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan membelasah Brunei 15-0.

Kemenangan ini sekaligus mengatasi rekod yang dicipta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan C. Pasukan Asia Barat itu turut berpesta gol dengan membelasah Kepulauan Mariana Utara 13-0 pada 23 September lalu.

Ad
Sponsors

Iraq membuka pesta gol mereka menerusi Mustafa Nawaf pada minit ke-15. Dua minit kemudian, Sidad Haji pula mencipta nama sebagai penjaring.

Ad

Karrar Jaafar memastikan Iraq mendahului 4-0 menerusi dua gol pada minit ke-27 dan 29. Sidad menyumbat gol keduanya pada minit ke-32.

Iraq kemudiannya dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil India, Crystal John. Penalti tersebut mudah disempurnakan Amoori Faisal pada minit ke-39.

Ad

Mustafa kemudiannya mencipta hatrik menerusi gol pada minit ke-42 dan 45. Ini memastikan Iraq mendahului dengan keputusan 8-0 sehingga rehat.

Ad

Bersambung selepas rehat, Iraq terus ghairah memburu gol. Danish Firdaus bernasib malang apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50.

Ad

Aymen Luay menyumbat gol ke-10 pada minit ke-56. Amoori menyumbat gol kedua peribadinya empat minit selepas itu.

Aymen, Halgwrd Qays dan Ahmed Jasim masing-masing menambah gol buat Iraq pada minit ke-68, 74 dan 86. Aymen mengikut jejak Mustafa dengan hatrik menerusi gol pada minit ke-87.

Keputusan ini menyaksikan Iraq menduduki tangga pertama Kumpulan H dengan kelebihan gol yang besar.

Selepas ini, pasukan itu bakal berdepan Filipina untuk aksi kedua kumpulan pada 27 September. Manakala Brunei pula perlu berdepan Thailand pada hari yang sama.