Aksi Kumpulan A kempen Kelayakan Piala Asia B-20 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Vietnam dan Bhutan.
Vietnam berjaya mencatat tiga mata penting dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan selepas menewaskan Bhutan dengan keputusan 5-0.
Gol pembukaan perlawanan hadir seawal minit kelapan permainan menerusi Bao Long Nguyen. Jaringan awal yang diperolehi Vietnam itu menutup aksi di babak pertama perlawanan.
Bersambung aksi di separuh masa kedua, Vietnam melebarkan kedudukan pada minit ke-52 menerusi Dang Duong Nguyen. Pada minit ke-72 permainan. Cong Duong pula mencatat nama sebagai penjaring.
Tak terhenti setakat itu, Huu Tang Nguyen meledak untuk memberi jaringan keempat buat Vietnam sebelum Cong Duong sekali lagi merobek gawang Bhutan untuk jaringan kelima pasukan Vietnam.
Kemenangan pertama yang diraih Vietnam ini menyaksikan pasukan itu kini menghuni tangga pertama dalam saingan Kumpulan A.
Pasukan Buutan terpaksa akur apabila tewas dalam aksi pertama dan menghuni tangga tercorot dalam saingan peringkat kumpulan ketika ini.