Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia Diundi Bersama Thailand, Bangladesh & Filipina
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad Malaysia B-23 kini mengetahui siapa lawan yang menanti mereka di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Cabutan kumpulan yang dibuat hari ini menyaksikan Harimau Muda ditempatkan bersama Thailand, Bangladesh dan Filipina dalam Kumpulan H.

Keputusan undian diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman media sosial rasmi mereka termasuk Twitter hari ini.

Undian Kumpulan H bagi Malaysia dan Thailand dilihat lebih baik jika dibandingkan dengan cabutan undian kumpulan sesetengah pasukan Asia Tenggara lain. Kumpulan A menyaksikan Brunei berdepan tiga pasukan hebat dari Asia Barat iaitu Jordan, Syria dan Oman.

Advertisements

Sementara Kumpulan B menyaksikan Myanmar berdepan tugas sukar mengatasi Korea Selatan, Qatar dan Kyrgyztan. Begitu juga dengan Kumpulan J yang menyaksikan Kemboja berdepan Arab Saudi, Lubnan dan Mongolia.

Kumpulan I pula menyaksikan Laos berdepan laluan sukar bersama Australia, Mongolia dan Tajikistan. Timor Leste turut mengharungi cabaran sama bila diletakkan dalam Kumpulan F bersama Iraq, Kuwait dan Macau.

Singapura dan Vietnam bernasib baik kerana hanya perlu berdepan Yaman dan Guam dalam Kumpulan C. Begitu juga dengan Indonesia yang hanya perlu menentang Turkmenistan dan Taiwan dalam Kumpulan K.

Advertisements

Bagi anak-anak buah E. Elavarasan, pertembungan dengan Thailand yang juga tuan rumah kelayakan Kumpulan H dianggap medan balas dendam. Ini selepas Harimau Muda tewas 2-0 kepada Gajah Perang dalam aksi Kumpulan B Sukan SEA 2023 baru-baru ini.

Harimau Muda akan memulakan kempen kelayakan dengan menentang Bangladesh pada 6 September. Selepas itu, mereka akan turun menentang Filipina pada 9 September sebelum mengakhiri kempen kelayakan menentang Thailand pada 12 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram