Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Gah Belasah Filipina
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan membelasah Filipina 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan H hari ini.

Selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh, jurulatih E. Elavarasan tahu mereka perlu meraih kemenangan besar ke atas Young Azkals.

Ini kerana berdasarkan kedudukan empat naib juara kumpulan terbaik ketika ini, Harimau Muda berada di tangga kelima atas perbezaan jaringan.

Advertisements

Justeru, tidak hairanlah apabila wisel babak pertama ditiup, Malaysia lebih garang mengasak. Belum sampai 30 saat, Harimau Muda mendahului menerusi kapten Mukhairi Ajmal.

Gol tersebut juga merupakan gol terpantas yang dijaringkan dalam mana-mana aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 setakat ini.

Gawang Filipina bocor lagi apabila penyerang KL City FC, T. Saravanan mudah melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Dimitri Macapagal pada minit keenam.

Advertisements

Bek tengah muda Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar menambah gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-31. Keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Harimau Muda membawa masuk Najmudin Akmal Kamal Akmal menggantikan Luqman Hakim Shamsudin selepas penyerang KV Kortrijk itu cedera pada babak pertama.

Perubahan tersebut tidak mengganggu rentak permainan anak-anak buah Elavarasan. Malah, mereka menggandakan lagi kelebihan menerusi gol kedua Saravanan pada minit ke-61.

Advertisements

Fergus Tierney hampir menambah gol kelima pada minit ke-87. Bagaimanapun, pemain berdarah Scotland itu hampa apabila rembatan derasnya terkena palang.

Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan Malaysia kembali mendahului Kumpulan H dengan kelebihan jaringan. Begitupun, keadaan boleh berubah sekiranya Thailand berupaya membelasah Bangladesh dalam satu lagi aksi kumpulan malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram