Kelayakan Piala Asia U23: Thailand Tewaskan Malaysia
Asia
MakanBola
Advertisements

Anak buah kendalian E. Elavarasan hari ini turun berdepan pasukan Thailand bagi aksi kelayakan Piala Asia B24 2024.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan Malaysia ketinggalan 1-0 menerusi jaringan Yotsakon Burapha pada minit ke-20 permainan.

Advertisements

Penyerang berusia 18 tahun itu memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan dengan satu tandukan sekaligus menewaskan penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel. Skuad Gajah Perang mendahului Malaysia di babak separuh masa pertama.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Malaysia beberapa kali hadir melancarkan serangan bagi mencari gol penyamaan. Beberapa pertukaran dilakukan skuad kebangsaan untuk memantapkan barisan hadapan.

Walaupun menguasai keseluruhan permainan, Malaysia terpaksa akur apabila gagal mencetak sebarang jaringan.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Chonburi berakhir dengan kemenangan milik Thailand, menyaksikan skuad Gajah Perang merangkul gelaran juara Kumpulan H sekaligus layak ke pentas Piala Asia U24 2024.

Peluang skuad bawah 23 tahun negara untuk layak ke Piala Asia 2024 bakal ditentukan menerusi slot empat naib juara terbaik. Malaysia terlebih dahulu perlu menunggu keputusan penuh daripada Kumpulan I dan J bagi memastikan slot naib juara terbaik itu dalam genggaman.

Advertisements

News Comments Account