Kelayakan Piala Asia Wanita B-20: Malaysia Berdepan Cabaran Jepun & Iran
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia bakal berdepan cabaran sukar dalam pusingan kelayakan Piala Asia Wanita Bawah 20 Tahun (B-20) 2026.

Ini kerana Malayan Tigress B-20 diletakkan dalam Kumpulan F bersama dua kuasa besar Asia, Jepun dan Iran. Guam melengkapkan pasukan yang akan bersaing dalam kumpulan sama.

Ini selepas cabutan undi pusingan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 yang diadakan di AFC House, Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia juga menjadi salah satu tuan rumah pusingan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026. Selain Malaysia, Bhutan, Vietnam, Tajikistan, Myanmar, China, Uzbekistan dan Laos turut dipilih sebagai tuan rumah.

Malayan Tigress B-20 pernah beraksi dalam kejohanan berprestij itu sebanyak dua kali iaitu edisi 2004 dan 2006.

Kesemua aksi kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 bakal diadakan dari 2 hingga 10 Ogos ini.