Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 Platform Terbaik Promosi Bola Sepak Wanita
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato’ Suraya Yaacob menyifatkan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 dilihat platform terbaik untuk mempromosikan sukan tersebut di Malaysia.

Malaysia menjadi tuan rumah pusingan kelayakan untuk Kumpulan F yang berlangsung pada Ogos ini.

Ad
Sponsors

Skuad negara yang dibimbing Cameron Ng akan berdepan cabaran Jepun, Iran dan Guam dalam kumpulan tersebut.

Ad

Suraya menyifatkan pemilihan Malaysia sebagai salah satu tuan rumah kelayakan Piala Asia Wanita B-20 bukan saja satu pengiktirafan oleh AFC.

Malah, beliau percaya ini akan menyemarakkan lagi minat orang ramai terutama golongan muda terhadap sukan bola sepak wanita.

Ad

“Antara teras utama Pelan Strategik Bola Sepak Wanita ialah untuk mempromosikan sukan bola sepak wanita itu sendiri,” katanya.

Ad

“Dengan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 ini merupakan sesuatu yang membanggakan. Dan ini satu platform untuk mempromosikan bola sepak wanita terutama perlawanan antarabangsa.

Ad

“Bila diadakan di Malaysia, ia boleh diikuti oleh peminat-peminat bola sepak wanita juga.”

Malayan Tigress B-20 akan membuka kempen dengan menentang Iran pada 6 Ogos. Ini disusuli aksi menentang Jepun pada 8 Ogos dan Guam (10 Ogos).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments