Skuad bola sepak wanita Malaysia bakal berdepan cabaran sukar dalam kempen kelayakan Piala Asia Wanita 2026.
Ini kerana anak buah Soleen Al-Zoubi diletakkan dalam Kumpulan H bersama pasukan kesembilan terbaik dunia, Korea Utara.
Ini berdasarkan cabutan undian peringkat kelayakan Piala Asia Wanita 2026 yang diadakan di AFC House, Kuala Lumpur.
Selain Korea Utara, Malayan Tigress juga bakal berdepan cabaran Palestin dan Tajikistan dalam kumpulan sama.
Korea Utara bukan saja bekas juara Piala Asia Wanita sebanyak tiga kali. Malah, pasukan itu juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Saingan kelayakan Piala Asia Wanita 2026 bakal bermula dari 23 Jun hingga 5 Julai ini. Juara setiap kumpulan saja yang layak secara automatik ke kejohanan itu.