Fokus pasukan Malaysia kini tertumpu kepada persiapan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026 dalam misi menyalakan harapan ke Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Perkara ini ditekankan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin tentang kepentingan para pemain dan peminat untuk kekal memberikan sokongan kepada barisan pemain Harimau Malaya.
“Sokongan padu ekor Harimau Malaya amat penting kepada pasukan negara. Saya berharap agar para penyokong dapat hadir dan memberikan sokongan.”
Beliau juga memberitahu bahawa tumpuan Malaya kini untuk mempersembahkan aksi terbaik di Kelayakan Piala Dunia ini apabila bakal membuka langkah berdepan Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kelayakan Piala Dunia ini amat penting buat Malaysia. Kita bukan sahaja akan menentang Kyrgyzstan tetapi bulan Mac ada pertemuan dengan Oman.”
“Ini bukan bermaksud kita tidak mengutamakan Piala Asia di Qatar. Kelayakan Piala Asia ini penting kerana ada kelebihan yang boleh memanfaatkan pasukan negara begitu juga Piala Asia. Setelah 42 tahun tidak layak, kali ini alhamdulillah kita berjaya layak (Piala Asia).”
Hal ini disebabkan sekiranya Malaysia mampu melangkah ke pusingan akhir, skuad negara berpeluang untuk berdepan hampir 10 negara yang berkelas dunia sekaligus bakal memanfaatkan skuad negara.
Malaysia akan memulakan saingan Kelayakan Piala Dunia berdepan Kyrgyzstan pada 16 November 2023 di Bukit Jalil.