Kelayakan Piala Dunia: Malaysia Ungguli Carta Kumpulan D
Piala Dunia
Azri/MakanBola
Advertisements

Pasukan Malaysia kini sedang mengungguli carta Kumpulan D dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2024.

Selepas beraksi dua perlawanan, skuad Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan dalam kedua-dua aksi. Malaysia memulakan kempen dengan mencatat kemenangan bergaya mengatasi Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3.

Rentak kemenangan ini diteruskan anak buah Kim Pan-gon malam semalam apabila jaringan tunggal Darren Lok memastikan Malaysia mencatat kemenangan bergaya di laman lawan.

Advertisements

Malaysia yang kini menduduki tempat pertama telah mengutip enam mata sementara Oman dan Kyrgystan dengan tiga mata selepas mencatat satu kemenangan dan satu tewas.

Harimau Malaya juga mencatat lonjakan mata Ranking FIFA selepas dua kemenangan di kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 sekaligus menyaksikan Malaysia menghuni kedudukan ke-129 dunia.

Aksi konsisten dan prestasi memukau skuad kendalian Kim Pan-gon ini memberi isyarat bahawa Malaysia benar-benar bersungguh untuk melayakkan pasukan ke peringkat seterusnya. Perlawanan seterusnya menyaksikan Malaysia bakal berdepan Oman pada 21 Mac 2024 di gelanggang lawan dan sekali lagi menentang Oman pada 26 Mac 2024 sebagai tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram