Keluarga Punca Luqman Hakim Kekal Berjuang Di Luar Negara
Asia
YSCC
Advertisements

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin mengakui sokongan keluarga menjadi pendorong buat dirinya untuk terus beraksi di luar negara.

Sejak berhijrah menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk pada 2020, penyerang berusia 22 tahun itu bergelut mendapatkan minit permainan yang kerap.

Situasi ini bukan saja dialami Luqman di Kortrijk. Malah, beliau juga bergelut mendapatkan minit permainan mencukupi semasa menyertai kelab Iceland, Njardvik secara pinjaman pada 2023.

Advertisements

Luqman mengakui situasi ini kadang-kadang membuatkannya terfikir untuk kembali ke tanah air dan bersama ibu bapa tercinta.

Walau bagaimanapun, nasihat mereka kepada dirinya agar tidak berputus asa dan tidak membiarkan dirinya dipengaruhi emosi menjadi azimat buat Luqman untuk terus berjuang.

“Saya amat sayangkan ibu bapa saya, terdapat banyak detik di mana saya ingin tinggalkan semua perkara dan kembali tinggal berhampiran dengan mereka.

Advertisements

“Tetapi ibu bapa saya selalu menasihati saya agar tidak berputus asa dan tidak mensia-siakan kerja keras yang saya usahakan selama bertahun-tahun dengan bersikap emosional,” katanya kepada portal Scoop.

Selepas Njardvik, Luqman menyertai pasukan J3 League, Yokohama Sports & Culture Club (YSCC) secara pinjaman dari Kortrijk awal tahun ini.

Beliau sudah merekodkan empat perlawanan bersama pasukan itu dalam semua kejohanan termasuk J3 League.

Advertisements

Luqman kini sibuk membantu skuad Malaysia B-23 mengatur persiapan ke Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung di Qatar.

Bisanya dijangka ditagih jurulatih negara, Juan Torres Garrido apabila Malaysia membuka kempen Kumpulan D dengan menentang Uzbekistan pada 17 April ini.

Selain Malaysia dan wakil Asia Tengah itu, negara serantau Vietnam dan Kuwait turut berada dalam kumpulan sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram