Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menjawab keputusan untuk menukar penjaga gol, Sam Somerville.
Jurulatih muda itu jelas kecewa dengan keputusan yang diterima apabila tunduk 6-1 di tangan juara bertahan, JDT di Bukit Jalil.
Katanya, beliau melihat pertukaran itu sebagai tindakan untuk mempertahankan penjaga gol berpengalaman itu.
Keputusan itu diambil selepas Sam Somerville dibolosi gol ketiga sekaligus dikeluarkan untuk memberi ruang kepada rakan sepasukan mengambil tempat.
“Saya telah berbincang dengan jurulatih penjaga gol, barisan kejurulatihan dan melihat bahawa mungkin fokus, ada sesuatu yang berlaku. Jadi, kita cuba untuk mempertahankan Sam dengan melakukan pertukaran.
“Kita memilih untuk meletakkan Azim Al-Amin untuk menyambung baki 20 minit permainan,” jelasnya selepas tamat perlawanan.
Beliau juga memaklumkan bahawa kehilangan perancang tengah, Alex Agyarkwa telah mengubah tempo permainan Selangor sehingga akhir permainan.