Kem Latihan Harimau Malaya Dijadual Bermula Lebih Awal
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan kem latihan pasukan itu bakal diadakan lebih awal sebagai persiapan menentang Vietnam.

Perancangan itu dikongsikan beliau kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila ditanya tentang persiapan Harimau Malaya selepas tamat musim 2024/25.

Ad

Cklamovski mengakui dengan musim liga tamat pada April ini, ini membuka ruang buat kem latihan Harimau Malaya diadakan lebih awal.

Ad

Ini dilihat akan membantu skuad negara menentang Vietnam untuk aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini.

“Ia satu situasi unik buat kita kerana musim (Liga Malaysia) berakhir pada April. Pemain-pemain akan berehat sebentar apabila musim tamat,” katanya.

Ad

“Kemudian, kita akan menyertai kem lebih awal kerana kita ada perlawanan yang penting menentang Vietnam. Kita tahu ini satu perlawanan yang penting kerana Vietnam satu lawan yang sukar.

Ad

“Kita perlukan tempoh persiapan bersama-sama (yang mencukupi) untuk aksi berkenaan.”

Ad

Harimau Malaya bakal menghadapi dua aksi pemanas badan sebagai persiapan menghadapi cabaran juara ASEAN Championship 2024 itu.

Malaysia juga dijangka diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain yang berpangkalan di luar negara untuk aksi berkenaan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments