Kem kelab gergasi China, Shanghai Shenhua bergolak sebelum menghadapi tentangan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Shenhua mencatatkan kemenangan tipis 1-0 berdepan Qingdao Hainiu hasil ledakan tunggal oleh Andre Luis pada minit ke-3.
Kegagalan anak buah Leonid Slutskiy mengawal amarah jelas memberi kesan kepada pasukan apabila perancang tengah, Wang Hajian dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.
Kehilangan seorang pemain jelas memberi kesan kepada persembahan pasukan yang terpaksa menukar pendekatan untuk mengekalkan kelebihan satu jaringan.
Kapten pasukan, Wu Xi jelas tidak berpuas hati dengan sikap rakan sepasukannya yang gagal mengawal amarah di atas padang.
Beliau dikesan bertengkar dengan pemain tengah kelahiran Portugal, Joao Teixeira yang melakukan cubaan dengan terjahan keras kepada pemain lawan namun terselamat daripada layangan kad merah.
3 pemain Shanghai Shenhua termasuk ketua jurulatih turut menerima layangan kad kuning hasil provokasi berlebihan ke atas keputusan pengadil.
Situasi ini memberi kelebihan ke atas JDT dalam misi untuk melakar kemenangan pertama dalam kancah AFC Champions League Elite (ACLE) 2024/25.
Aksi JDT dan Shanghai Shenhua akan berlangsung pada 1 Oktober 2024 jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.