Negeri Sembilan kini terus kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super apabila tewas 4-0 kepada Selangor dalam perlawanan ke-20 Liga Super musim ini.
Kali terakhir Negeri Sembilan menang dalam aksi Liga Super adalah sewaktu menentang PDRM dengan jaringan 2-1 iaitu pada 18 Mei 2023.
Kini hampir 3 bulan pasukan ini kemarau kemenangan apabila sekadar meraih 5 keputusan seri dan 4 kekalahan setelah kali terakhir menang pada bulan Mei yang lalu.

Malah Negeri Sembilan juga gagal menjaringkan sebarang gol dalam 2 perlawanan terakhir liga dimana pasukan ini kalah 2-0 kepada Kelantan dan 4-0 kepada Selangor.
Namun Negeri Sembilan berjaya meraih kemenangan ke atas Kelantan United dalam aksi Piala Malaysia pada 5 Ogos yang lalu dengan jaringan 1-0.
Prestasi pasukan yang sedikit merudum dan gagal mendapatkan sebarang kemenangan dalam aksi liga kini mula menjadi kerisauan para penyokong Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan kini berada di tangga ke-9 liga dengan mengutip 21 mata dimana mereka meraih 4 kemenangan, 9 seri dan 7 kekalahan.