Aksi saingan ASEAN Championship malam ini menyaksikan Kemboja bangkit kalahkan Timor Leste di laman sendiri.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi memburu tiga mata penuh. Ini merupakan perlawanan terakhir Timor Leste bagi peringkat kumpulan A.
Selepas 22 minit permainan, penyerang berbisa Timor Leste, Joao Pedro membuka jaringan pertama pasukan dengan gerakan lincah melepas pertahanan Kemboja.
Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kemboja berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap, Sor Rotana.
Separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri, Kemboja 1-1 Timor Leste.
Pada minit ke-79 permainan, Kemboja kembali dihadapan menerusi jaringan dari penyerang pasukan, Hav Soknet.
Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Kemboja raih tiga mata berharga ke atas Timor Leste 2-1.
Selepas ini, Kemboja akan bertemu Thailand pada 20 Disember 2024 ini manakala Timor Leste telah menamatkan saingan dengan 1 mata dalam empat perlawanan.