Kemboja Sasar Layak Ke Piala Dunia 2042
MakanBola
FF Cambodia

Kemboja menetapkan misi jangka panjang untuk layak ke Piala Dunia 2042.

ASEAN Football melaporkan ini sebahagian daripada perancangan jangka panjang Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC).

Sebagai permulaan, FFC menetapkan matlamat mara ke peringkat separuh akhir ASEAN Championship edisi 2028 dan 2030.

Ini dilihat sebagai cara menguji keupayaan Kemboja bersaing dengan pasukan-pasukan hebat ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Ini disusuli sasaran layak secara merit ke Piala Asia 2032. Piala Dunia 2042 dan 2046 dilihat sebagai objektif terakhir yang diharap dapat dicapai skuad kebangsaan Kemboja.

Kemboja berharap matlamat ini dapat dicapai bukan saja menerusi pembangunan di peringkat akar umbi. Malah, pasukan itu turut memiliki ramai pemain naturalisasi sebagai tonggak utama.

Antara pemain naturalisasi Kemboja ialah Kan Mo, Yudai Ogawa, Takaki Ose dan Andres Nieto.