Kemelut Lim Teong Kim Dan Perak FC Masih Belum Selesai
Liga Super
Sporting News
Advertisements

Dalam satu proses rundingan damai di antara bekas pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim dan pihak pengurusan Perak FC gagal mencapai kata sepakat. Proses tersebut berlangsung di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Perak sebentar tadi.

Perbincangan tersebut juga turut melibatkan Ketua Pegawai Operasi Perak FC, Meor Azli Meor Mahmood dan pihak JPPM Perak. Ketika ditemui media selepas proses tersebut, Teong Kim tetap optimis untuk mencapai perdamaian dengan bekas majikannya itu.

“Apa yang tak tercapai itu saya tak boleh maklumkan butirannya kerana tidak boleh dinyatakan. Namun akan ada lagi satu pertemuan sebelum 26 Ogos ini.

Advertisements

“Jika ketika itu masih lagi tidak mencapai persetujuan, kes ini akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan. Cuma kalau boleh kami tak mahu sampai mahkamah dan harap capai perdamaian,” katanya kepada Sukan Sinar.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata pihak pengurusan Perak juga mahukan satu perdamaian namun dalam masa yang sama bersedia jika proses tersebut dibawa ke mahkamah.

“Dia (Teong Kim) ada hak buat apa yang dia nak dan kita kekal dengan pendirian kita. Dia boleh buat apa yang dia fikir betul dan kita dah berbincang dua kali, jadi kita terus ke depan.

Advertisements

“Kita juga mahukan benda yang sama iaitu selesai secara perdamaian dan pihak pengurusan akan ikut ketetapan,” katanya.

Untuk rekod, Perak FC telah memecat Teong Kim pada 25 Mei yang lalu susulan daripada prestasi pasukan yang dilihat terumbang-ambing. Kerusi jurulatih Perak kini digalas Yusri Che Lah sebagai jurulatih sementara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram