Ads
Asia
Yonhap

Kemenangan yang diraih oleh ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo sebagai jurulatih terbaik di Liga Korea mencetuskan rasa tidak puas hati segelintir netizen Korea Selatan.

Advertisements

Jurulatih berpengalaman itu berjaya membantu Ulsan Hyundai untuk mengekalkan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut namun kemenangannya seolah-olah sukar diterima oleh penyokong.

Advertisements

Hal ini susulan terdapat beberapa nama lain yang dirasakan wajar mendapat anugerah tersebut selepas kejayaan membentuk skuad yang lebih baik untuk mencabar liga.

Advertisements

Advertisements

Menerusi tinjauan di ruangan komen laman K League, segelintir peminat Korea Selatan menyebut tentang jurulatih Pohang Steelers, Kim Gi-dong dan juga pengendali Gwangju, Lee Jung-hyo.

Peminat merasakan bahawa impak yang dibawa oleh dua orang jurulatih ini lebih besar berbanding pengendali Ulsan Hyundai dalam liga.

Advertisements

“Agak pelik mengapa Lee Jung-hyo tidak memenanginya walaupun membawa pasukan dengan baik.”

“Kenapa bukan Kim Gi-gong?,” ujar Ji di ruangan komen.

Peminat berpendapat bahawa Gwangju yang baru dinaikkan ke liga utama Korea mengharungi saingan yang baik apabila berada pada kedudukan ketiga di K1 League.

Advertisements

Satu lagi kejayaan bermakna buat Ulsan Hyundai apabila pertahanan kental, Kim Young-gwon mencipta sensasi tersendiri pada usia 33 tahun apabila dijulang sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga K1 Korea Selatan musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram