Liverpool meneruskan tradisi kekalahannya apabila dimalukan musuh utama Merseyside, Everton 0-2 di Anfield.
Lebih memeritkan, kemenangan ini merupakan kali pertama buat Everton di Anfield selepas 22 tahun.
Berada di tangga ke-6 liga dengan kekurangan terlebih satu perlawanan, Liverpool kini berada dalam keadaan tertekan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila perlu bersaing bersama Chelsea, West Ham dan Everton.
🗣"Coming here all the years and letting the blue side of the city down, it's been hard, it was difficult to take"
— Football Daily (@footballdaily) February 20, 2021
An emotional Seamus Coleman on Everton finally beating Liverpool at Anfield for the first time since 1999 pic.twitter.com/LosbvfPbbV
To win at Anfield is not easy, even Liverpool can't win there pic.twitter.com/lnVZyJbUgM
— The Famous Man Utd Fan ❁ (@MosesCollynce) February 20, 2021
Everton menjaringkan gol seawal minit ke-3 menerusi jaringan Richarlison sebelum menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti Gylfi Sigurosson pada minit ke-83 selepas Calvert-Lewin dikasari Alexander-Arnord.
Skuad Klopp nyata tempang tanpa kelibat Virgil van Dijk yang masih berusaha keras untuk pulih.
The big fella 😍⚽️ pic.twitter.com/WnqTK7fh5h
— Liverpool FC (@LFC) February 19, 2021
Prestasi semasa Liverpool ini merupakan antara yang terburuk sejak tahun 1923.
Thiago since joining Liverpool:
— Footy Humour (@FootyHumour) February 20, 2021
14 games
4 wins
0 goals
0 assists
425 thumbs up pic.twitter.com/VoIVt3HP2r
Liverpool mencatatkan kekalahan ke-4 berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan yang ke-8 musim ini sekaligus menimbulkan tanda tanya tentang masa depan bekas juara dunia berkenaan.
Liverpool bakal berehat selama 8 hari sebelum kembali beraksi menentang Sheffield United pada 1 Mac ini.