Kemenangan Selangor Ditangguhkan, Berkongsi 1 Mata Dengan Kuala Lumpur City
Liga Super
Advertisements

Selangor FC hanya berjaya mengutip satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Kuala Lumpur City dalam saingan Liga Super 2021, di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Ia merupakan keputusan seri yang keenam bagi skuad gergasi merah itu, selepas hanya mencatat lima kemenangan dan empat kekalahan sepanjang kempen Liga Super 2021. Skuad bimbingan Karsten Neitzel, bermula langkah kiri apabila Kuala Lumpur City membuka jaringan perlawanan menerusi sepakan percuma Paulo Josue. Sepakan percuma itu berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid pada minit ke-40.

Selang beberapa minit selepas itu, skuad Gergasi Merah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-43 melalui pemain import dari Switzerland, Oliver Buff. Gol tersebut dijaringkan hasil kecuaian dan kealpaan benteng pertahanan Kuala Lumpur City. Oliver Buff yang memanfaatkan peluang tersebut berjaya menjadikan keputusan seri 1-1 pada aksi separuh masa pertama.

Advertisements

Pada babak kedua perlawanan, serangan bertali arus daripada kedua-dua pasukan. Banyak percubaan daripada pasukan Selangor FC yang mengegar gawang Kevin Ray Mendoza. Namun, Kuala Lumpur City FC berjaya menyekat perlawanan dengan baik.

Kemasukan Namathevan dan Aliff Haiqal yang menggantikan Norhakim Hassan dan Syahmi Safari pada minit ke-78 serta Sean Selvaraj yang dimasukan pada minit ke-82, jelas tidak berhasil dalam membantu bahagian serangan Selangor FC.

Keputusan tamat, Kuala Lumpur City FC 1-1 Selangor FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram